Sunday, June 16, 2013

Day7: Ziarah Mekah

(Rabu 29 Mei 2013M bersamaan 19 Rejab 1434H)

Pit Stop pertama: Jabal Tsur

Kami singgah disini 15 min utuk menghayati sejarah penhijrahan Rasulullah & Saidina Abu Bakar yg bersembunyi dari kaum Quraisy dalam Gua Tsur.

Sejarahnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabal_Thawr


gambaran Gua Tsur yg tlh berjaya mengelirukan kaum Quraisy atas kuasa Allah.


Memandangkan kat sini hanyalah kws lapang & agak berangin debu mase tu, hasilnya gamba kami tersengih sambil tutup mate..hehe



Pit stop ke2: Padang Arafah & Jabal Rahmah

Seterusnya kami singgah di Padang Arafah. Kawasan luas disini lah dijadikan tempat wukuf bg berjuta2 jemaah haji pd 9Zulhijjah & keadaan ini dikatakan sebagai gambaran manusia berkumpul pada Padang Masyar nnt (sebabnyer mereka akan berkumpul disini pada siang hari bawah matahari terik)

Sejarahnya:  http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Padang_Arafah&oldid=2789998



Diantara tempat yg mustajab bila berdoa ialah di Jabal Rahmah. Disinilah dikatakan tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa yg terpisah selepas mereka di keluarkan dari syurga & trun ke dunia.. Daripada sejarah ini jugak la, ramai yg mula sebarkan fatwa masing2 yg mengatakan kat sinilah tempat paling mustajab berdoa utk dapatkan jodoh..hmm dan daripada fatwa inilah mutawif kami menegur jemaah ttg slah anggapan itu..bak kate ustaz Anuar.."kalo nk jodoh, doa kat mane2 pon boleh, so xpayah lah tgu datang sini dlu br mintak jodoh"



Disini juga sejarah ttg Nabi Ibrahim yg menerima wahyu dari Allah ttg tempat2 beribadah (ibadah Haji)

Sejarahnya:- http://id.wikipedia.org/wiki/Haji


Dan disini juga Rasululllah menerima wahyu terakhir iaitu: -

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
alMaidah: 3


Seterusnya, kami hanya melalui Mina & Muzdalifah iaitu tempat bermalam & melontar bg jemaah haji & juga Jabal Nur (Gua Hirak)



Seterusnya kami ke masjid di Ja'ranah utk berniat ihram & memulakan umrah ke 2.

No comments:

Post a Comment