Sunday, June 16, 2013

Umrahku yg Pertama

BismiLahirRahmanirRahim

Rukun Umrah:-
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
5.Tertib

Dari Madinah, miqat kami ialah di Masjid Bir Ali. Kami solat sunat ihram & berniat di sana & sunat la bertalbiah disepanjang perjalanan



Kemudian meneruskan perjalanan ke Tanah Haram dalam 4jam perjalanan. memandangkan ini adala umrah aku yg pertama, so aku sedikit nerves, tambah plak sebaik saje berniat ihram td, kami kene jage 13 pantang larang dlm ihram iaitu:-

1- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum - lelaki sahaja.
2- Menutup kepala atau sebahagian darinya - lelaki sahaja.
3- Menutup muka - wanita sahaja.(**ni kene jage2 sbb kadang nk elak habuk tercover mulut dgn telekung/tudung)
5- Berwangi-wangian di badan atau pakaian, makan, minum atau mennghidu - lelaki dan wanita.
6- Memakai minyak di rambut, janggut dan semua bulu-bulu muka - lelaki dan wanita.
7- Menanggalkan rambut atau bulu-bulu badan - lelaki dan wanita.(**ni yg aku slalu kene beringat sbb aku suke gosok mate)
8- Memotong kuku - lelaki dan wanita. (**ni pon sbb aku punye tabiat suke cabut kulit2 kt kuku)
9- Menebang / memotong / mencabut pokok ditanah haram - lelaki dan wanita.
10- Memburu binatang buruan - lelaki dan wanita.
11- Berkahwin / mengawinkan / menerima wakil kahwin - lelaki dan wanita.
12- Melakukan pendahuluan persetubuhan - lelaki dan wanita.
13- Melakukan persetubuhan - lelaki dan wanita.

Sepanjang dlm bas seingatnya aku byk tido, tp bile berjaga jer, trus bedebar2, maklumlah 1st time, tambah plak bawak byk dosa, takut2 kalo berlaku ape2 kesulitan, so byk2 ler istigfar & berdoa mintak dipermudahkan segalanya.nasib baek lah abah & ma sudah wat haji sebelm ni, jd aku byk rujuk mereka ttg cara2 nk wat tawaf, saie ,pantang larang & ape2 aje yg aku musykil.

8mlm: Kami berhenti mkan malam di restoren tempatan, makan nasi arab, 5org satu talam. So group mkn aku ialah dgn ma, Acik CT (roomet kami), Akma & Cik Embun (kami kenal mase ziarah luar ari tu) 





Abes makan kami solat dulu, lepas tu sambung perjalanan kami. So cam tadi, nerves aku dtg balek bile teringatkn dose2 yg byk sgt2 yg aku bawak dlm diri aku, ya Allah, permudahkanlah urusan umrah kami semua, mitak xberlaku lah mende2 pelik yg slalu kite dengar2 dr org2 laen..

10:45mlm: Kami tiba di Mekah al-Mukaramah. 1st yg aku nampak ialah jam besar kt sebelah masjidi haram tu (Zam zam tower)


 
pastu kami terus ke hotel dlu utk urusan check in. memandangkan kami masih dlm ihram, jd kami hanya boleh check in, bawak beg masuk , g toilet n rehat skejap, 1jam pastu trus kumpul kt lobi utk meneruskan umrah dgn bimbingan mutawif.

lebe kurang kol 12mlm, kami sampai ke Masijidil haram. 1st time nampak kaabah, Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar! (speechless)

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. 
al-Imran:96


walaupon mase tu dah kol 12mlm, tp kami xrase penat atau mengantuk, aku nampak sume org bersemangat (terutamanya abah&ma) nk mulakan tawaf walaupon kami berjalan dr hotel yg agak jauh skit (lam 600-700meter berjalan)..hmm memang betol la org kate, sebaik saje kite merasai suatu nikmat tu, sume hal2 yg negatif sbelom tu trus hilang..

Huh...cam biase neves aku makin menjadi2, kami xtawaf ikut mutawif, tp kami ber3 stat lmbt skit. kat sini kami mengatur strategi kalo2 terpisah mase tawaf, kami akan tgu masing2 dkt lampu hijau yg jadi penanda permulaan tawaf.

BismilLahirRahmanirRahim...bermulalah tawaf pertama aku.time tu org agak ramai, jd aku pastikan aku sentiase seiring dgn ma & kami pastikan kami sentiase dibelakang abah. sgt sesak mase tu, so kalu aku terlepas skit dr ma, ma akan tarik aku dok sbelah die(rase cam ma ni angel aku plak..)jd disebabkn selalu kene langgar dari belakang & dari org2 yg melintas kt depan especially bile melepasi garisan  Hajarul aswad (kene langgar ngan org2 yg nk keluar dr tawaf) aku jd x konfiden dgn kedudukan bahu kanan aku, jadi tepakse la kene ulang balek pusingan yg xkonfiden tuu..so kesimpulanya, drpd spatutnya 7 pusingan tawaf..rasenye aku tawaf 13 kali kot sampai aku rase betol2 konfident...hehe(1st time katekan..penat)...jd menmandangkan ma & abah xde masalah, mereka habiskan tawaf dlu, & tgu aku kt lampu hijau spt yg dijanjikan..

Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud"
alBaqarah:125



Alhamdulillah mereka tgu aku kt stu pastu barula kami solat sunat kat belakang Makam Ibrahim. Selepas tu kami p minum air zamzam dlu otw ke Mas'a. Nikmatnyaaa..dapat minum air zamzam sejuk selepas berpeluh tawaf 13x tadi..

BismilLahirRahmanirRahim...Kemudian kami meneruskan Saie br Bukit Safa ke Marwah 7x ulang alik.memandangkan syarat saie hanyalah berjalan, xperlu wuduk, jd xde ragu2 dgn 7 pusingan. Cam tawaf td, kami xjoin rombongan mutawif, tp kami sentiase bertiga, lead oleh abah (alhamdulillah).

Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-`umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
alBaqarah:158


BismilLahirRahmanirRahim...Selesai Saie, kami teruskan rukun ke 4, iaitu bertahalul atau bercukur atau bergunting sekurang2nya 3 helai rambut. Aku rase nikmat sgt sbb aku la yg guntingkan rambut abah & ma, ma guntingkan rambut aku. Alhamdulillah, selesai sudah umrah kami, & bebaslah kami dr 13 pantang larang tadi (yeay..dah boleh gosok mate, da bole cabut da kulit kt sbelah kuku aku ni yg dr tadi lg nk tercabut).

Selesai tahalul tadi, terus masuk waktu subuh, jadi kami terus solat subuh berjemaah. Alhamdulillah ini 1st time solat jemaah di Masjidil Haram.

Ganjaran pahala solat jemaah di dalam Masjidil Haram adalah 100,000 kali berbanding di masjid lain hanya 27 kali sahaja 

 Masjidil Haram yang gah

No comments:

Post a Comment