Saturday, June 15, 2013

Day3: Ziarah Madinah

Sabtu 25 Mei 2013M bersamaan 15 Rejab 1434H

6:30am: selepas sarapan kami berkumpul d lobi n nek bas utk ziarah luar yg d bawa oleh mutawif.

Pit stop pertama kami di Masjid Quba' 
Sempena menghayati ibadah di dalam masjid pertama yg di bina oleh Rasulullah(s.a.w) apabila baginda mula berhijrah ke Kota Yatsrib(nama sblm baginda tukar ke Madinah), kami diberi kesempatan utk solat sunat tahiyatul masjid & solat sunat dhuha di dalmnya..alhamdulillah.

...Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih
(atTaubah:108)






Pit stop ke2: Ladang Kurma
Sempat la jugak beli kurma ajwa yg dikatakan fresh dr ladang wlaupon harganye sedikit mahal dr pasaran biase.







Disini nak share sikit satu hadis Rasulullah tentang kebaikan mengamalkan makan kurma ajwa.


err...kalo xfaham ni sebenarnye maksud die:-

Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir


Tengah2 dok tgk pokok2 kurma ni, teringat plak kisah Maryam dan pohon kurma

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan".Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
(Maryam:23-25)



Pit stop ke3: Jabal Uhud  
Jabal Uhud dikatakan adalah bukit dari syurga. Disini la tempat sejarah berlaku kisah Perang Uhud pd tahun 3H yg mengorbankn ramai tentera islam termasuk la Saidina Hamzah.

Sejarahnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 
(al-Imran:165)




Utk pit2 stop berikutnya kami xsempat singgah sbb kesuntukan masa & hanya di tunjuk oleh ustaz dlm bas jer iaitu Masjid Qiblatain, Masjid 7 & Masjid Bilal (sbb tu la xdpat snap gamba yg chantek sbb snap lam bas yg begerak)

Sejarah Masjid Qiblatain:  http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Qiblatain


Sama2 lah kita ambil pelajaran dari kisah2 terdahulu utk pertingkatkan ibadah kita untuk menjadi muslim terbaik disisi Allah..insyaAllah.


Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Yusuf: 111)

No comments:

Post a Comment