Sunday, June 16, 2013

Last day: sedihnye

Day12: Isnin (03 Jun 2013M bersamaan 24 Rejab 1434H)
Akhirnya, tibe la hari terakhir kami di Tanah suci penuh berkah ni...huhu sedihnya terpaksa balik..kalo ikutkan hati xmo balik dah..
Kami dijadualkan bertolak dari hotel kol 2:30ptg, jadi kami ber3 amek keputusan utk wat tawaf widak kol 11pg. Selesai tawaf trus kami balik ke hotel, tgu solat zuhur, & makan lunch & trus kami menunggu saje di lobi smpai kol 2.30ptg (lepas tawaf widak da xblh shopping, amek gamba sbb dikira berlengah2)

kol 2:10 ptg, baru la bas mula bergerak ke Airport Jeddah. Perjalanan dlm 2 jam lebih kot. Tapi memandangkan da nk masuk Asar, jd kami berhenti solat di Masjid Terapung di Laut Merah. Masjid ni sebenarnya name die Masjid Ar-Rahmah. Sempat la sekejap nk amek2 gamba kt sini sempena memperingati sejarah Nabi Musa & bala tentera Firaun yg tenggelam dlm laut Merah ni

Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".Maka Firaun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.
(Thaahaa:77-78)




Laut merah yang x merah

Hampir kol 6ptg: Kami tibe di King AbdulAziz International Airport, trus check-in.Rasenye airport ni hanye utk pesawat Saudi Airlines je kot..so xsesak sgt jd urusan check-in kami pon xlame sgt.


Memandangkan jadual flight kami kol 11:59mlm & kami dah pon smpai kt sini kol 6ptg, jd berkamponglah kami berjam2 kt sini. Sambil2 menunggu, kami dihidangkan dgn mkn malam dr Mr Sate, solat, sempatlah aku & ma shopping coklat utk bawak balik, sempatlah jgk aku mengeratkan silaturahim dgn jemaah yg dikenali.




Alhamdulillah flight xdelay, jd kami terbang ontime. Sebaik jer naek flight, aku xtau le berape minit aku sedar kemudian terus zzz...penat katenye..
yg aku sedar selepas 1jam tu die hidang supper, ngantok2 pon berselera jgk makan...


pastu sambong tdo..kedian ma aku kejutkan aku suh solat subuh bersyarat.memandangkan kami lam flght..baru aku perasan kami br jer 3 jam perjalanan, tp kat lua tu da nampak matahari.lupe plak yg perjalanan kami kali ni mengejar matahari, jadi cepat la siangnyer..err sambong tido...

kemudian aku bangun sat, pastu die hidang breakfest plak...makan lagi...


pastu da xbole tido dah, so mainlah tv yg ade kat depan tu..pastu snap gamba sket, borak nga org sbelah sket...tup tup...sejam lg kami akan mendarat.

Kami landing lebeh kurang kol 2 spt yg dijadualkan...alhamdulillah perjalanan selamat..
Pastu check-in imigresen , amek beg, amek air zamzam..pastu balek rumah cikgu Ti..

Alhamdulillah





Hari-hari terakhir di Kota Mekah

Day9: Jumaat (31 May 2013M bersamaan 21 Rejab 1434H)
Malam tu sepatutnya ada Ziarah Pilihan:Ekspidisi Gua hirak dgn bayaran tambahan 25riyal seorang. Kalo ikutkan aku mmg nk join (kununya nk experience sdiri pengalaman Siti Khadijah panjat Gua Hirak)., tp memandangkan xde geng (ma & abah xmo ikut) jd terpakse la xboleh join...huhuhu


Day10: Sabtu (01 Jun 2013M bersamaan 22 Rejab 1434H)
aktiviti hari ni bebas, utk bg ruang kepada jemaah utk gunakan segala peluang yg ada utk gandakan ibadah, shopping, sebagainya.


Day11: Ahad (02 Jun 2013M bersamaan 23 Rejab 1434H)
pula diadakan Ziarah Pilihan ke Muzium Hudaibiyah, Ladang unta & Umrah ke 4 dgn bayaran tambahan 25 riyal seorang. Yg ni aku sgt2 kecewa xboleh ikut sbb limited seat. Jemaah rombongan kami ramai (rombongan cuti sekolah ade 5 bas) tp pihak penganjur hny sediakan beberapa buah van jer utk ziarah, jd disebabkan aku lambat daftar, makanye seat pon dah penoh...kempunana la nk g tgk unta...huhu


Umrah ke3: di Tana'im

(Jumaat 31 Mei 2013M bersamaan 21 Rejab 1434H)
6:30pg: Kami berkumpul di lobi hotel & trus bergerak ke Masjid Saiditina Aishah di Tana'im utk berniat ihram & menunaikan umrah ke3 bersama mutawif. 

Memandangkan xde ziarah, hari pon masih pagi & bas trus drop kami ke masjidil Haram, so xdela penat & stress perjalananya, jd mase tawaf tu lebih rilex & x mencabar sgt cam time tawaf ke 2 ari tu. Alhamdulillah, semakin konfiden & aku berjaya selesaikan ngam2 7 pusingan,  trus saie & tahalul..selesai. Disebabkan ari tu ari jumaat, & kami selesai sblm msk waktu zohor, jd aku & ma trus pulang ke hotel, kami xjoin solat Jumaat ari tu.

Hasil dari qurban/akikah & sedekah dari jemaah kami semalam, so lunch ari ni makan nasi arab, kate ustaz dekat 50 ekor kibas berjaye tumbang..sedaap


Umrah Ke2 yg Mencabar

BismilLahirRahmanirRahim

Selesai berziarah, kami terus ke Masjid di Ja'ranah utk berniat ihram & menunaikan umrah ke2 bimbingan mutawif.


Selesai solat sunat, berniat & talbiah, kami balik ke hotel dlu utk drop brg2 then trus berkumpul di lobi hotel & berjalan ke Masjidil Haram. Memandangkan dah tengahari, & ruangan tawaf tu adalah kawasan xberbumbung, jd kami tawaf betol2 di bawah matahari sungguh mencabar...& panas berpeluh2..rase dah cam kene panggang pon ade (agak2nye zaman2 Rasul dulu2 cemane la tawaf kt padang pasir tengah2 terik matahari tu yer..) Tp time ni nk tawaf agak lengang & xsesak sgt sbb xramai jemaah yg tawaf (mungkin sbb panas). Kali kedua tawaf, alhamdulillah aku dah bertambah konfiden & hanya tambah extra 1 pusingan jer drpd 7 pusingan tu..

Abes je tawaf, kami solat sunat di belakang makam Ibrahim &  tgu masuk solat zohor & trus solat jemaah. Hari ni, aku & ma terpisah dari abah, so lepas solat zohor, kami berdua sambung bersaie berdue jer..tp mase dah abes saie tu, tetiba abah muncul lak kt blakang kami, trus kami bergunting bersama2..

Mase nk balik ni ade sikit drama...jeng jeng jeng...drama hilang selipar..hehe. Sebabnya ma & aku letak kasut kt blakang pintu bukan letak dlm rak kasut..so cam biase, pekerja2 masjid akan gilis saje selipar2 yg x diletak atas rak tu mase diorg tgh bersihkan masjid..nasib baiklah mase tu ade pekerja tgk melonggokkan kasut2 yg digilis td, so kami pon bedal je la mane2 selipar yg boleh dipakai utk jalan balik..

Memandangkan kami selsai tu agak lewat ari tu, jd kami rushing tuk balik ke hotel (sbb takut lunch da habes), naseb baek lah makanan diorg xkemas lg kalo x, tepakse la kami pegi beli nasi arab.

Oleh kerana agak memenatkan ari tu, kami xg solat asar di masjid...rehat


Day7: Ziarah Mekah

(Rabu 29 Mei 2013M bersamaan 19 Rejab 1434H)

Pit Stop pertama: Jabal Tsur

Kami singgah disini 15 min utuk menghayati sejarah penhijrahan Rasulullah & Saidina Abu Bakar yg bersembunyi dari kaum Quraisy dalam Gua Tsur.

Sejarahnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabal_Thawr


gambaran Gua Tsur yg tlh berjaya mengelirukan kaum Quraisy atas kuasa Allah.


Memandangkan kat sini hanyalah kws lapang & agak berangin debu mase tu, hasilnya gamba kami tersengih sambil tutup mate..hehe



Pit stop ke2: Padang Arafah & Jabal Rahmah

Seterusnya kami singgah di Padang Arafah. Kawasan luas disini lah dijadikan tempat wukuf bg berjuta2 jemaah haji pd 9Zulhijjah & keadaan ini dikatakan sebagai gambaran manusia berkumpul pada Padang Masyar nnt (sebabnyer mereka akan berkumpul disini pada siang hari bawah matahari terik)

Sejarahnya:  http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Padang_Arafah&oldid=2789998



Diantara tempat yg mustajab bila berdoa ialah di Jabal Rahmah. Disinilah dikatakan tempat pertemuan semula Nabi Adam & Hawa yg terpisah selepas mereka di keluarkan dari syurga & trun ke dunia.. Daripada sejarah ini jugak la, ramai yg mula sebarkan fatwa masing2 yg mengatakan kat sinilah tempat paling mustajab berdoa utk dapatkan jodoh..hmm dan daripada fatwa inilah mutawif kami menegur jemaah ttg slah anggapan itu..bak kate ustaz Anuar.."kalo nk jodoh, doa kat mane2 pon boleh, so xpayah lah tgu datang sini dlu br mintak jodoh"



Disini juga sejarah ttg Nabi Ibrahim yg menerima wahyu dari Allah ttg tempat2 beribadah (ibadah Haji)

Sejarahnya:- http://id.wikipedia.org/wiki/Haji


Dan disini juga Rasululllah menerima wahyu terakhir iaitu: -

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
alMaidah: 3


Seterusnya, kami hanya melalui Mina & Muzdalifah iaitu tempat bermalam & melontar bg jemaah haji & juga Jabal Nur (Gua Hirak)



Seterusnya kami ke masjid di Ja'ranah utk berniat ihram & memulakan umrah ke 2.

Umrahku yg Pertama

BismiLahirRahmanirRahim

Rukun Umrah:-
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
5.Tertib

Dari Madinah, miqat kami ialah di Masjid Bir Ali. Kami solat sunat ihram & berniat di sana & sunat la bertalbiah disepanjang perjalanan



Kemudian meneruskan perjalanan ke Tanah Haram dalam 4jam perjalanan. memandangkan ini adala umrah aku yg pertama, so aku sedikit nerves, tambah plak sebaik saje berniat ihram td, kami kene jage 13 pantang larang dlm ihram iaitu:-

1- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum - lelaki sahaja.
2- Menutup kepala atau sebahagian darinya - lelaki sahaja.
3- Menutup muka - wanita sahaja.(**ni kene jage2 sbb kadang nk elak habuk tercover mulut dgn telekung/tudung)
5- Berwangi-wangian di badan atau pakaian, makan, minum atau mennghidu - lelaki dan wanita.
6- Memakai minyak di rambut, janggut dan semua bulu-bulu muka - lelaki dan wanita.
7- Menanggalkan rambut atau bulu-bulu badan - lelaki dan wanita.(**ni yg aku slalu kene beringat sbb aku suke gosok mate)
8- Memotong kuku - lelaki dan wanita. (**ni pon sbb aku punye tabiat suke cabut kulit2 kt kuku)
9- Menebang / memotong / mencabut pokok ditanah haram - lelaki dan wanita.
10- Memburu binatang buruan - lelaki dan wanita.
11- Berkahwin / mengawinkan / menerima wakil kahwin - lelaki dan wanita.
12- Melakukan pendahuluan persetubuhan - lelaki dan wanita.
13- Melakukan persetubuhan - lelaki dan wanita.

Sepanjang dlm bas seingatnya aku byk tido, tp bile berjaga jer, trus bedebar2, maklumlah 1st time, tambah plak bawak byk dosa, takut2 kalo berlaku ape2 kesulitan, so byk2 ler istigfar & berdoa mintak dipermudahkan segalanya.nasib baek lah abah & ma sudah wat haji sebelm ni, jd aku byk rujuk mereka ttg cara2 nk wat tawaf, saie ,pantang larang & ape2 aje yg aku musykil.

8mlm: Kami berhenti mkan malam di restoren tempatan, makan nasi arab, 5org satu talam. So group mkn aku ialah dgn ma, Acik CT (roomet kami), Akma & Cik Embun (kami kenal mase ziarah luar ari tu) 





Abes makan kami solat dulu, lepas tu sambung perjalanan kami. So cam tadi, nerves aku dtg balek bile teringatkn dose2 yg byk sgt2 yg aku bawak dlm diri aku, ya Allah, permudahkanlah urusan umrah kami semua, mitak xberlaku lah mende2 pelik yg slalu kite dengar2 dr org2 laen..

10:45mlm: Kami tiba di Mekah al-Mukaramah. 1st yg aku nampak ialah jam besar kt sebelah masjidi haram tu (Zam zam tower)


 
pastu kami terus ke hotel dlu utk urusan check in. memandangkan kami masih dlm ihram, jd kami hanya boleh check in, bawak beg masuk , g toilet n rehat skejap, 1jam pastu trus kumpul kt lobi utk meneruskan umrah dgn bimbingan mutawif.

lebe kurang kol 12mlm, kami sampai ke Masijidil haram. 1st time nampak kaabah, Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar! (speechless)

Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. 
al-Imran:96


walaupon mase tu dah kol 12mlm, tp kami xrase penat atau mengantuk, aku nampak sume org bersemangat (terutamanya abah&ma) nk mulakan tawaf walaupon kami berjalan dr hotel yg agak jauh skit (lam 600-700meter berjalan)..hmm memang betol la org kate, sebaik saje kite merasai suatu nikmat tu, sume hal2 yg negatif sbelom tu trus hilang..

Huh...cam biase neves aku makin menjadi2, kami xtawaf ikut mutawif, tp kami ber3 stat lmbt skit. kat sini kami mengatur strategi kalo2 terpisah mase tawaf, kami akan tgu masing2 dkt lampu hijau yg jadi penanda permulaan tawaf.

BismilLahirRahmanirRahim...bermulalah tawaf pertama aku.time tu org agak ramai, jd aku pastikan aku sentiase seiring dgn ma & kami pastikan kami sentiase dibelakang abah. sgt sesak mase tu, so kalu aku terlepas skit dr ma, ma akan tarik aku dok sbelah die(rase cam ma ni angel aku plak..)jd disebabkn selalu kene langgar dari belakang & dari org2 yg melintas kt depan especially bile melepasi garisan  Hajarul aswad (kene langgar ngan org2 yg nk keluar dr tawaf) aku jd x konfiden dgn kedudukan bahu kanan aku, jadi tepakse la kene ulang balek pusingan yg xkonfiden tuu..so kesimpulanya, drpd spatutnya 7 pusingan tawaf..rasenye aku tawaf 13 kali kot sampai aku rase betol2 konfident...hehe(1st time katekan..penat)...jd menmandangkan ma & abah xde masalah, mereka habiskan tawaf dlu, & tgu aku kt lampu hijau spt yg dijanjikan..

Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud"
alBaqarah:125



Alhamdulillah mereka tgu aku kt stu pastu barula kami solat sunat kat belakang Makam Ibrahim. Selepas tu kami p minum air zamzam dlu otw ke Mas'a. Nikmatnyaaa..dapat minum air zamzam sejuk selepas berpeluh tawaf 13x tadi..

BismilLahirRahmanirRahim...Kemudian kami meneruskan Saie br Bukit Safa ke Marwah 7x ulang alik.memandangkan syarat saie hanyalah berjalan, xperlu wuduk, jd xde ragu2 dgn 7 pusingan. Cam tawaf td, kami xjoin rombongan mutawif, tp kami sentiase bertiga, lead oleh abah (alhamdulillah).

Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-`umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
alBaqarah:158


BismilLahirRahmanirRahim...Selesai Saie, kami teruskan rukun ke 4, iaitu bertahalul atau bercukur atau bergunting sekurang2nya 3 helai rambut. Aku rase nikmat sgt sbb aku la yg guntingkan rambut abah & ma, ma guntingkan rambut aku. Alhamdulillah, selesai sudah umrah kami, & bebaslah kami dr 13 pantang larang tadi (yeay..dah boleh gosok mate, da bole cabut da kulit kt sbelah kuku aku ni yg dr tadi lg nk tercabut).

Selesai tahalul tadi, terus masuk waktu subuh, jadi kami terus solat subuh berjemaah. Alhamdulillah ini 1st time solat jemaah di Masjidil Haram.

Ganjaran pahala solat jemaah di dalam Masjidil Haram adalah 100,000 kali berbanding di masjid lain hanya 27 kali sahaja 

 Masjidil Haram yang gah

Day5: Ziarah Widak

Isnin 27 Mei 2013M bersamaan 17 Rejab 1434H

Ziarah Widak
Memandangkn  ni hr terakhir di Madinah & kami dijadualkan bertolak ke Mekah selepas Asar, sunat lah tunaikan ziarah perpisahan.Mase ni aku sedih sangat2 smpai nangis2 cam betol2 nk berpisah dgn boifren. Insyaallah itu bukanlah ziarah aku yg terakhir, insyaAllah aku berkesempatan lg utk menziarah Rasulullah lam mase terdekat ni.


Selepas Asar, kami bergerak ke Mekah al-Mukaramah untuk meneruskan ibadah Umrah kami.




Ziarah dalam

Ziarah dalam (Raudhah & melawat makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar, & Saidina Umar Al-khattab.)

Memandangkan masa lawatan utk nisak @ jemaah muslimat terhad 2jam selepas subuh, selapas zuhur & selapas isyak, aku & ma pilih utk masuk selepas isyak supaya kami x terlepas mkn pagi(afte subuh..hehe) & mkan tghari (afte zuhu..hehehe).Sbenarnye km xpasti jadual rombongan muslimat Andalusia bersama Mutawiffah so kami pandai2 sendiri cr masa utk masuk.Mula2 kam plan nk masuk pd mlm ke2 tp dok pk takut lapa, lewat, tambah plak tgk org arab2 yg tengah berpusu2 tu saiznye agak 2 kali ganda kami jd km balik utk plankan strategi kami..(cm nk g perang plak)

Plan nye gini, mlm ke3 tu slepas isyak kami blk ke hotel dlu utk makan mlm (topup tenaga) n terus kami ke masjid semula utk ziarah.Stiap jemaah akn dibahagi mengikut negara utk masuk (kami dari Malaysia bergabung dgn jiran sebelah kami Indonesia). jd kami hny ikut jer arahan polis yg pegang papan tanda "Malaysia" utk tgu turn n masuk ziarah.Suasana agak sesak, berebut2 tp alhamdulillah kami berkesempatan solat di Raudhah (aku jumpe spot yg baik & selamat dr dipijak n dilanggar n ditolak2 n diberebut2 iaitu disebelah tiang, barisan Raudhah plg belakang, luar dr kws mimbar). Area yg sesak ialah dibawah mimbar & dihadapan makam. kalo nk solat kat situ bersedialah utuk dilanggar2, dipijak2, n ditarik2 walaupon anda tgh solat + komfem xblh nk kusyuk bersolat sb org tgh jalan2 berebut..alhamdulillah kt spot rasie aku tu boleh la kusyuk skit, nk doa lame2 pon xde org perasan (kalo polis perasan dia akan tarik anda atau suruh anda blah utk bg pluang kpd org len tuk solat), Selepas habis ziarah atau sebenarnya beperang utk ziarah kami pon balek ke hotel utk tido..

Pd mlm ke 4, km plan skali lg utk ziarah sperti plan semalam, kali ni ahli rombongan kami bertambah seorg lg iaitu roomate kami,Acik CT. Seperti smalam, lepas Isyak kami blk makan, patah balik ke masjid, ziarah & solat di Raudhah d spot yg sama..alhamdulillah dipermudahkan segala urusan..



memandangkan xbwk kamera mase msk,jd gamba donlod intenet je utk tatapan penonton, kalo nk tengok yg sbenar, disarankan kesana sendiri,insyaAllah anda akan merasai kenikmatan sebenar yg Subhanallah xblh nk descrbe perasaanya


Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa ziarah ke maqamku setelah aku wafat maka seakan-akan ia telah mengunjungiku sewaktu aku masih hidup“.

Saturday, June 15, 2013

Day4: Ceramah

Ahad 26 Mei 2013M bersamaan 16 Rejab 1434H

7pg: Ari ni ade slot ceramah kt dewan makan. Ceramah disampaikan oleh Mutawif yg agak senior kt Andalusia, katenye beliau dah lebih 10 thn menetap di Madinah, Ustaz Alam Shah dr Indonesia. Ceramah cite sejarah Madinah & persediaan utk umrah.Antara points yg terkesan pada aku utk di share ialah :-

Majlis Ilmu tu adalah salah satu dari taman syurga, jadi rajin2 lah ye utk mcari ilmu walaupon dah abes skolah.

Doa Saidina Umar Al-Khatab utk mati syahid di Madinah 

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ شَهَادَةً فِىْ سَبِيْلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِيْ فِى بَلَدِ رَسُوْلِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Ya Allah, ya Tuhanku! Kurnikanlah aku mati syahid pada jalanMu, dan biarlah kematianku berlaku pada negeri RasulMu s.a.w.


Zikir tahan haid. Caranya:-

Rendam kayu sugi dalam air zam-zam.Baca
1- Surah al-Fatihah 7x
2- Ayat Kursi 7x
3- Sural al-Ikhlas 1x
4- Surah al_falaq 1x
5- Surah an-Nas 1x
6- Selawat 10x
7- Surah al-Kahfi:19 (bermula dr walyatalattaf hingga akhir)
minum.



Alhamdulillah, walaupon aku da siap bil pil tahan period,tp sempat makan sbijik je, pastu terus amalkan cara ni utk tahan period, & alhamdulillah selamat tunaikan ibadah smpailah hr terakhir di tanah suci ni..tanpa tanggung risiko2 side effect amek ubat.

Day3: Ziarah Madinah

Sabtu 25 Mei 2013M bersamaan 15 Rejab 1434H

6:30am: selepas sarapan kami berkumpul d lobi n nek bas utk ziarah luar yg d bawa oleh mutawif.

Pit stop pertama kami di Masjid Quba' 
Sempena menghayati ibadah di dalam masjid pertama yg di bina oleh Rasulullah(s.a.w) apabila baginda mula berhijrah ke Kota Yatsrib(nama sblm baginda tukar ke Madinah), kami diberi kesempatan utk solat sunat tahiyatul masjid & solat sunat dhuha di dalmnya..alhamdulillah.

...Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih
(atTaubah:108)






Pit stop ke2: Ladang Kurma
Sempat la jugak beli kurma ajwa yg dikatakan fresh dr ladang wlaupon harganye sedikit mahal dr pasaran biase.







Disini nak share sikit satu hadis Rasulullah tentang kebaikan mengamalkan makan kurma ajwa.


err...kalo xfaham ni sebenarnye maksud die:-

Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir


Tengah2 dok tgk pokok2 kurma ni, teringat plak kisah Maryam dan pohon kurma

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan".Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
(Maryam:23-25)



Pit stop ke3: Jabal Uhud  
Jabal Uhud dikatakan adalah bukit dari syurga. Disini la tempat sejarah berlaku kisah Perang Uhud pd tahun 3H yg mengorbankn ramai tentera islam termasuk la Saidina Hamzah.

Sejarahnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: "Dari mana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 
(al-Imran:165)




Utk pit2 stop berikutnya kami xsempat singgah sbb kesuntukan masa & hanya di tunjuk oleh ustaz dlm bas jer iaitu Masjid Qiblatain, Masjid 7 & Masjid Bilal (sbb tu la xdpat snap gamba yg chantek sbb snap lam bas yg begerak)

Sejarah Masjid Qiblatain:  http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Qiblatain


Sama2 lah kita ambil pelajaran dari kisah2 terdahulu utk pertingkatkan ibadah kita untuk menjadi muslim terbaik disisi Allah..insyaAllah.


Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Yusuf: 111)

Day2

Jumaat 24 Mei 2013M bersamaan 14 Rejab 1434H
Aktiviti bebas pd hr ni atau lebih kpd rehat tambah plak hr Jumaat utk beri peluang kpd jemaah utk solat Jumaat d Masjid Nabawi. Alhamdulillah hotel km hny 3 blok dr Masjid Nabawi jd xjauh nk ulang alik pegi masjid setiap waktu solat. Pd Asar, aku & ma 1st time pegi solat di Masjid Nabawi ditunjuk jalan oleh mutawif persendirian kami(abah la tu..sbb suboh & zuhur td die da pegi masjid)..

hotel kami di Madinah

jarak masjid dr hotel


Subhanallah..dapat jugak aku menjejak kaki & bersolat di Masjid @ rumah Rasulullah ni.Selepas itu alhamdulillah kami diberi peluang utk bersolat di masjid d stiap waktu solat fardhu sepanjang kami di Madinah.

Dibawah kubah hijau itulah terletak makam Rasulullah, Abu Bakar As Sidiq & Umar Al-Khatab.

Day1

(Khamis 23 Mei 2013M bersamaan 13 Rejab 1434H)

Kami sampai ke KLIA dalam kol 11:30 pg walaupun penerbangan dijadual kn kol 3ptg. Sbb kt airport tu la kami kene amek passport, boardng pass n sesi ta'limat dr Andalusia. Alhamdulillah hampir sume adik bradik ade mengiring kami ke airpot kecuali Cikgu Ti sbb die masih mengaja n xblh amek cuti..anyway die xputus2 kol tnayekan keadaan km..thanks to all my family members yg sgt2 sporting sbb sudi amek cuti ari tesebut temasuk la cik,cuyah, geng kulim & abg il sbb tepakse ponteng skolah..geng2 yg da bekeje plak thanks sbb xkomplen walaupon masing2 muke penat tepakse teman kn aku, abah & ma terbang, tambah plak tetibe pihak penganjur wat anouncemnt yg flight delay ke pkl 5ptg..


 




4ptg: kami check in, solat jamak ta'khir & rehat2 sat tgu nek flight.




5ptg: nek flight & mula terbang.Antara pengalaman yg menakjubkan bila kami mengalami hari ptg yg panjang sbb memandangkan waktu malaysia(timur) 5jam awal dr arab saudi jd penerbangan km melawan arah smpai aku rase sayang nk tido sb nk menikmati moment yg lua biase bg aku yg 1st time naik flght 8jam n merentasi garisan2 meridien mase ni.



1:30am waktu Malaysia @ 8:30pm waktu Saudi: Kami slamat mndarat di Airport Jeddah. proses imigresen agak lama kerana queue nye paaaaanjaaaaaaang sgt, solat pastu terus menuju ke bas kumpulan kami. Then teruskan perjalanan ke Madinah al-Munawarah untuk 5 jam perjalanan..

4:45 am waktu tempatan: kami selamat sampai ke Hotel Mubarak Silver. Lepas check-in, km mandi2,solat subuh d bilik,rehat sat, turun sarapan & rehat panjang sket utk recharge daripada jet lag.