Rukun Umrah:-
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bercukur
5.Tertib
Dari Madinah, miqat kami ialah di Masjid Bir Ali. Kami solat sunat ihram & berniat di sana & sunat la bertalbiah disepanjang perjalanan
Kemudian
meneruskan perjalanan ke Tanah Haram dalam 4jam perjalanan.
memandangkan ini adala umrah aku yg pertama, so aku sedikit nerves,
tambah plak sebaik saje berniat ihram td, kami kene jage 13 pantang
larang dlm ihram iaitu:-
1- Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum - lelaki sahaja.
2- Menutup kepala atau sebahagian darinya - lelaki sahaja.
3- Menutup muka - wanita sahaja.(**ni kene jage2 sbb kadang nk elak habuk tercover mulut dgn telekung/tudung)
5- Berwangi-wangian di badan atau pakaian, makan, minum atau mennghidu - lelaki dan wanita.
6- Memakai minyak di rambut, janggut dan semua bulu-bulu muka - lelaki dan wanita.
7- Menanggalkan rambut atau bulu-bulu badan - lelaki dan wanita.(**ni yg aku slalu kene beringat sbb aku suke gosok mate)
8- Memotong kuku - lelaki dan wanita. (**ni pon sbb aku punye tabiat suke cabut kulit2 kt kuku)
9- Menebang / memotong / mencabut pokok ditanah haram - lelaki dan wanita.
10- Memburu binatang buruan - lelaki dan wanita.
11- Berkahwin / mengawinkan / menerima wakil kahwin - lelaki dan wanita.
12- Melakukan pendahuluan persetubuhan - lelaki dan wanita.
13- Melakukan persetubuhan - lelaki dan wanita.
Sepanjang
dlm bas seingatnya aku byk tido, tp bile berjaga jer, trus bedebar2,
maklumlah 1st time, tambah plak bawak byk dosa, takut2 kalo berlaku ape2
kesulitan, so byk2 ler istigfar &
berdoa mintak dipermudahkan segalanya.nasib baek lah abah & ma
sudah wat haji sebelm ni, jd aku byk rujuk mereka ttg cara2 nk wat
tawaf, saie ,pantang larang & ape2 aje yg aku musykil.
8mlm:
Kami berhenti mkan malam di restoren tempatan, makan nasi arab, 5org
satu talam. So group mkn aku ialah dgn ma, Acik CT (roomet kami), Akma
& Cik Embun (kami kenal mase ziarah luar ari tu)
Abes
makan kami solat dulu, lepas tu sambung perjalanan kami. So cam tadi,
nerves aku dtg balek bile teringatkn dose2 yg byk sgt2 yg aku bawak dlm
diri aku, ya Allah, permudahkanlah urusan umrah kami semua, mitak
xberlaku lah mende2 pelik yg slalu kite dengar2 dr org2 laen..
10:45mlm: Kami tiba di Mekah al-Mukaramah. 1st yg aku nampak ialah jam besar kt sebelah masjidi haram tu (Zam zam tower)
pastu
kami terus ke hotel dlu utk urusan check in. memandangkan kami masih
dlm ihram, jd kami hanya boleh check in, bawak beg masuk , g toilet n
rehat skejap, 1jam pastu trus kumpul kt lobi utk meneruskan umrah dgn
bimbingan mutawif.
lebe
kurang kol 12mlm, kami sampai ke Masijidil haram. 1st time nampak
kaabah, Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar! (speechless)
Sesungguhnya
rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah
Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk
bagi semua manusia.
al-Imran:96
walaupon mase tu dah kol 12mlm, tp kami xrase penat atau mengantuk, aku nampak sume org bersemangat (terutamanya abah&ma) nk
mulakan tawaf walaupon kami berjalan dr hotel yg agak jauh skit (lam
600-700meter berjalan)..hmm memang betol la org kate, sebaik saje kite
merasai suatu nikmat tu, sume hal2 yg negatif sbelom tu trus hilang..
Huh...cam
biase neves aku makin menjadi2, kami xtawaf ikut mutawif, tp kami ber3
stat lmbt skit. kat sini kami mengatur strategi kalo2 terpisah mase
tawaf, kami akan tgu masing2 dkt lampu hijau yg jadi penanda permulaan
tawaf.
BismilLahirRahmanirRahim...bermulalah
tawaf pertama aku.time tu org agak ramai, jd aku pastikan aku sentiase
seiring dgn ma & kami pastikan kami sentiase dibelakang abah.
sgt sesak mase tu, so kalu aku terlepas skit dr ma, ma akan tarik aku
dok sbelah die(rase cam ma ni angel aku plak..)jd disebabkn selalu kene
langgar dari belakang & dari org2 yg melintas kt depan
especially bile melepasi garisan Hajarul aswad (kene langgar ngan org2
yg nk keluar dr tawaf) aku jd x konfiden dgn kedudukan bahu kanan aku,
jadi tepakse la kene ulang balek pusingan yg xkonfiden tuu..so
kesimpulanya, drpd spatutnya 7 pusingan tawaf..rasenye aku tawaf 13 kali
kot sampai aku rase betol2 konfident...hehe(1st time
katekan..penat)...jd menmandangkan ma & abah xde masalah, mereka
habiskan tawaf dlu, & tgu aku kt lampu hijau spt yg
dijanjikan..
Dan
(ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat
berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian
maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim
dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang
iktikaf, yang rukuk dan yang sujud"
alBaqarah:125
Alhamdulillah
mereka tgu aku kt stu pastu barula kami solat sunat kat belakang Makam
Ibrahim. Selepas tu kami p minum air zamzam dlu otw ke Mas'a.
Nikmatnyaaa..dapat minum air zamzam sejuk selepas berpeluh tawaf 13x
tadi..
BismilLahirRahmanirRahim...Kemudian
kami meneruskan Saie br Bukit Safa ke Marwah 7x ulang alik.memandangkan
syarat saie hanyalah berjalan, xperlu wuduk, jd xde ragu2 dgn 7
pusingan. Cam tawaf td, kami xjoin rombongan mutawif, tp kami sentiase
bertiga, lead oleh abah (alhamdulillah).
Sesungguhnya
Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah. Maka barang siapa
yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-`umrah, maka tidak ada dosa
baginya mengerjakan sai antara keduanya. Dan barang siapa yang
mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya
Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.
alBaqarah:158
BismilLahirRahmanirRahim...Selesai
Saie, kami teruskan rukun ke 4, iaitu bertahalul atau bercukur atau bergunting
sekurang2nya 3 helai rambut. Aku rase nikmat sgt sbb aku la yg
guntingkan rambut abah & ma, ma guntingkan rambut aku.
Alhamdulillah, selesai sudah umrah kami, & bebaslah kami dr 13
pantang larang tadi (yeay..dah boleh gosok mate, da bole cabut da kulit
kt sbelah kuku aku ni yg dr tadi lg nk tercabut).
Selesai
tahalul tadi, terus masuk waktu subuh, jadi kami terus solat subuh
berjemaah. Alhamdulillah ini 1st time solat jemaah di Masjidil Haram.
Ganjaran pahala solat jemaah di dalam Masjidil Haram adalah 100,000 kali berbanding di masjid lain hanya 27 kali sahaja
Masjidil Haram yang gah