Tuesday, January 12, 2010

selsema..oh...selsema

12/01/2010

salam..


ari ni tetibe selsema..naseb baek ari ni cuti..kalo x tepakse la amek mc..dah rugi satu ari trening..sambil2 maen fesbuk..sempat gak mintak tips dr membe2 tuk hilangkan selsema dgn cepat..tp yg ni plg besh..jumpe kt pakcik google..er..sbenarnye dr blog http://istimewa2u.blogspot.com/2008/03/7-makanan-cegah-batuk-selsema.html..(sori...cilok ur tips..tp sharing is caring kn..?..hehe)


7 Makanan Cegah batuk & selsema

kamu sering di serang batuk dan selesema? selain mengambil ubat dan vitamin c tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu.


1. SUP AYAM


hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS.

Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.


3. BAWANG PUTIH


Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan
bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah

4. AIR


Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masa dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS


Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.


6. SUMBER VITAMIN C


Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA


Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.












(",)